Saturday 1 June 2013

Al-Fatihah buat kakak ku :'(


Assalamualaikum guys. And good morning. Hmm harini hari Sabtu, 1 JUN 2013, dan aku masih belum ada semangat untuk meneruskan hari-hari aku. Entah kenapa aku terlalu rindukan arwah Kak Lily. Semalam, hari Jumaat, penghulu segala hari, arwah Kak Lily telah pergi meninggalkan kami semua buat selamanya. Pada pukul 8 pagi (waktu Mekah) - 1 petang (waktu Malaysia), arwah telah menghembuskan nafasnya yg terakhir disamping keluarga tercinta. Ya Allah, Tuhan jea yg tahu macam mana perasaan aku masa tu bila dapat tahu arwah dah takda. Sedih pedih perit utk aku terima :'( Arwah juga dikebumikan di Tanah Suci Mekah. Subhanallah. Arwah betul-betul dekat dengan-Mu ya Allah. Aku mohon KAU tempatkan dia dikalangan orang yg beriman dan solehah. Jauhilah dia dari azab api neraka ya Allah. 
Mesti ada  yg tertanya-tanya siapa gerangan arwah ni kan? Hmm dulu aku selalu bercerita mengenai arwah dalam blog-blog aku yg lepas. Bertahun aku kenal arwah dan dia sangat baik, terlalu baik. Dia seorang yg penyabar, peramah, ceria :) Dia seorang kakak yg baik di mata aku. Dia pergi meninggalkan kami kerana menghidapi penyakit yg berbahaya, iaitu leukimia. Hmm tak ramai yg tahu apa yg arwah lalui semasa dia hidup, hanya keluarga terdekat sahaja yg tahu. Dia betul-betul sabar dan tabah menghadapi semua dugaan hidupnya. Walaupun perit dan sakit, hanya dia seorang yg tahu. My late sister is a strong girl :') I adore her much.
Namun, aku masih lagi tak boleh terima pemergiannya, masih belum redha. Nauzubillah. Macam takda iman pulak aku cakap macam tu kan :'( tapi ini semua terlalu sukar utk aku terima.
Bila aku baca balik semua message arwah, ya Allah. Sedihnya hati ini. 16 MAY 2013, hari yg paling bermakna buat aku sebab aku dapat mendengar suaranya, walaupun aku tahu itu perbualan kami yg terakhir :'( dengan penuh gembira arwah berceloteh di telefon, dan senyuman ku tak pernah lekang bila berbual dengan dia :') 
Terasa baru seperti semalam aku mendengar celoteh arwah, mendengar gelak tawa arwah, share problem dengan arwah, tapi sekarang dia dah takda. Sungguh aku terlalu merindui arwah. Sangat rindukan dia ya ALLAH :'( Teringat pesan arwah, "Nanti akak dah takda, kalau Era rindukan akak, tengoklah gambar yg akak bagi tu." Itulah kata-kata terakhir dari arwah sebelum dia berangkat ke Tanah Suci Mekah haritu. Sekejap jea masa berlalu, dan kini dia dah takda dengan aku. Dengan siapa lagi Era nak mengadu masalah lepasni kak? *crying* 
Semalam masa aku baca surat terakhir dari arwah, airmata ku mengalir tanpa henti. Begitu perit dan sukarnya perjalanan hidup arwah selama ni :'( Sampai airmata aku dah kering sebab asyik menangis sepanjang hari. Lemah betul aku ni kan. Hmm :(

Dalam kenangan *crying*

Kepada kawan-kawan yg tak putus-putus beri aku semangat, terima kasih semua. Hanya Allah yg boleh membalas semua kebaikan korang :') Dan utk arwah Kak Lily, Era happy dapat kenal dengan akak, Era sayangkan akak sangat-sangat. Terima kasih untuk surat akak yg terakhir tu, semua tu akan Era simpan jadi kenangan kita berdua kak *wipe tears* 
Kak Lily, Era tahu akak bahagia di atas sana. Era tahu akak selalu tengok kami di bawah. Era harap akak tahu yg Era terlalu rindukan akak, I miss you kak :'( And I'll always pray for you sister. Al-Fatihah.......